Semak Nilai Pasaran Hartanah

SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH

Sekiranya anda ingin menyemak nilai pasaran hartanah anda, saya adalah Perunding Hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Isi borang semak nilai pasaran hartanah berkenaan untuk urusan konsultasi seterusnya

KUALA LUMPUR

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

BORANG SEMAK NILAI PASARAN

MENCARI EJEN HARTANAH BAGI URUSAN JUAL BELI HARTANAH?

SIAPAKAH SAYA DALAM INDUSTRI EJEN HARTANAH?

Saya Hairil Wahiri, berpengalaman lebih 13 tahun, dan telah berjaya menjual hampir 700 unit hartanah seperti rumah kediaman, rumah kedai, pangsapuri, kondominium, semi-d, banglo, tanah stesyen minyak, tanah banglo lot, tanah pembangunan, komersil dan lain-lain lagi.

Pengalaman saya sememangnya luas dari pelbagai segmen pasaran hartanah iaitu 10 tahun didalam industri second/subsale dan lelong yang mana sebelum ini di agensi Rescom Realty, Transasia Property dan sekarang bersama agensi hartanah Legacy Real Property dan 3 tahun pengalaman kerja bersama pemaju nombor satu di Malaysia iaitu Sime Darby Property bagi projek dalam pembinaan. Bukan itu sahaja, sememangnya terbukti saya adalah TOP SALES di agensi dan juga TOP SALES ketika bekerja bersama pemaju.

Kelulusan akademik saya pula ialah saya memiliki Sijil Agensi Harta Tanah (CEA), INSPEN, memiliki Ijazah dalam Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian), UPM dan juga Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat), UTM. Saya juga adalah ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH). Sememangnya terbukti saya telah banyak membantu pemilik rumah menjual rumah mereka dan membantu pembeli rumah memiliki rumah idaman mereka.

Ejen Hartanah Seremban

KENAPA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR?

  • KAMI BERDAFTAR DAN DIPANTAU OLEH LEMBAGA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTANAH DAN PENGURUS HARTA.

  • MEMPUNYAI KEBENARAN MENJALANKAN AMALAN PEREJENAN HARTA TANAH MENGIKUT AKTA. 

  • MENJALANKAN AKTIVITI SECARA PROFESIONAL, DILINDUNGI DAN SAH DI SISI UNDANG-UNDANG

Sebenarnya, menjual hartanah bukanlah perkara yang mudah. Banyak faktor perlu diberi perhatian agar transaksi jual beli hartanah berjalan lancar sehingga keakhirnya. Hubungilah saya segera agar saya dapat membantu anda. Saya menawarkan servis profesional dan khidmat nasihat yang terbaik untuk anda. Anda pula boleh fokus kepada perkara yang lebih penting seperti kerjaya dan keluarga.

GuruHartanah
Hairil Wahiri
Ejen Hartanah Anda
Negeri Sembilan | Selangor | Kuala Lumpur

“Tiada masa dan tak mampu layan kerenah pembeli”


Saya lantik Ejen Hartanah kerana saya duduk jauh dan tak mampu nak bawa pembeli tengok rumah.
Dalam masa sama, kesibukkan kerjaya saya juga tidak mengizinkan untuk saya menjawab panggilan telefon dan melayan kerenah pembeli.
Terima kasih En. Hairil sebab bantu saya menjual rumah saya ini.”

Testimoni Ejen Hartanah
Cik Siti
Putrajaya

“Dapat jual rumah dengan segera dan harga tertinggi”


Alhamdulillah, rumah saya terjual dengan cepat dan mengikut harga yang saya tetapkan. Tak perlu saya pening kepala nak melayan kerenah pembeli kerana saya tak sampai hati bila berbincang berkenaan pengurangan harga yang diminta pembeli. Melantik En Hairil sebagai Ejen Hartanah saya adalah pilihan yang tepat bagi saya.

Testimoni Ejen Hartanah
Encik Mohd
Seremban







































APAKAH STRATEGI YANG SAYA GUNAKAN

KAJIAN PASARAN TERKINI

Bagi memastikan harga hartanah yang lebih kompetetif, menarik minat pembeli dan boleh bersaing di dalam pasaran, saya akan melakukan kajian pasaran yang lebih menyeluruh sebelum mengiklankan di medium pengiklanan. Rujukan dengan pihak profesional akan dilakukan agar harga yang diiklankan menepati permintaan pasaran.

IKLAN Yang MELUAS

Saya dan pasukan akan memastikan pengiklanan yang dilakukan lebih meluas dan mengikut perkembangan teknologi terkini. Pengiklanan akan dilakukan di medium popular dan mendapat tempat di dalam pasaran. Dalam masa yang sama, pengiklanan juga akan disebar luas ke semua rangkaian ejen hartanah seluruh kawasan jajahan yang berkaitan.

FOTOGRAFI MENARIK

Jatuh cinta pada pandangan pertama. 90% pembeli akan membuat tindakkan sekiranya melihat gambar yang cantik. Gambar akan diambil menggunakan teknik yang betul serta kamera yang mempunyai lensa yang luas, megapixel yang tinggi. Kemudian gambar akan disunting menggunakan perisian khas bagi menyerlahkan lagi subjek.

JARINGAN PASUKAN

Sebagai ejen hartanah yang berpengalaman lebih 10 tahun, sudah semestinya saya mempunyai rangkaian kenalan profesional yang luas dan baik dengan peguam hartanah, pegawai bank, dan penilai hartanah. Sudah semestinya dengan hubungan yang baik ini, urusan jual beli hartanah akan lebih lancar dan dapat diselesaikan dalam masa yang sepatutnya.

TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA. SEMAK HARGA PASARAN HARTANAH PERCUMA!

HUBUNGI SAYA SEKARANG!


Klik Untuk Whatsapp

https://www.youtube.com/watch?v=4KU7KHKhU1ghttps://www.youtube.com/watch?v=IizXsIA8cw4https://www.youtube.com/watch?v=qACd0jm8sco